**Selamat Datang ke EZYKAIMONO***

Selamat menjamu mata dan membeli belah ye.(^_^)V

ORDER FORM : SERIOUS BUYER ONLY!! (untuk pertanyaan, sila berhubung melalui email)

NAMA :
EMAIL :
ALAMAT :
NO. HANDPHONE :
ITEM/KUANTITI :
POS PILIHAN : POS EXPRESS
POS LAJU
POS BIASA
GDEX (JUMAAT & SABTU SAHAJA)

This HTML form was created by Freedback.
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Shaklee : Basic-H2 Organic Super Cleaning Concentrate

Nama Produk : Basic-H2 Organic Super Cleaning Concentrate
Kandungan Sebotol :
16 oz (437 ml)
Harga runcit : RM46.00  (Semenanjung Malaysia)
  Kos penghantaran : RM10 (Semenanjung Malaysia)
**Hubungi saya untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa.**

Basic H : Tidak bertoksik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
 
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi : Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk : Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
  • Tingkap dan cermin : Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Lantai : Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi : Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam
Perbezaan Shaklee
  •    Selamat
  •    Tidak bertoksik
  •    Tanpa gas beracun
  •     Tanpa bahan kimia berbahaya
  •     Tanpa bahan pewangi
  •     Lembut pada tangan
  •     pH seimbang
  •     Tanpa klorin

Berkesan
  •     Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  •     Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  •     Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
  •     Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  •     Biorosot
  •     Tanpa fosfat
  •     Bungkusan yang boleh kitar semula
  •     Tanpa bahan pewarna
  •     Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Sumber asal : Shaklee Malaysia